Thursday, January 31, 2013

SENARAI KESELAMATAN PENGGUNA

  • Meja komputer disusun dengan baik, pastikan unit sistem diletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti
  • Duduk dalam keadaan selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang.
  • Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dan jauh daripada laluan pengguna.
  • Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna.
  • Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 50 ke 60 cm jauh dari mata.
  • Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.
  • Pengguna dinasihatkan berehat sebentar jika mengalami sakit tengkok, sakit tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan.
  • Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas.
  • Jika perlu buka “casing” komputer untuk kerja penyelenggaraan, pastikan unit sistem di “shutdown” dahulu, matikan kuasa elektrik dan tanggalkan “plug”.
  • Semasa membuat kerja penyelenggaraan, elakkan memakai tali leher, barang-barang kemas dan berambut panjang.
  • Perhatikan jika terdapat wayar kuasa yang terdedah; tukar mana-mana kabel kuasa yang rosak.

VISI DAN MISI MAKMAL KOMPUTER

Visi

Makmal Komputer SK SK Seremban Jaya 2 sebagai pusat teknologi maklumat dan komunikasi bagi seluruh warga SKSJ2.

Misi 
 
Melahirkan warga SK Seremban Jaya 2 yang celik teknologi maklumat dan komunikasi
Melahirkan guru dan murid yang mampu memanipulasi teknologi maklumat dan komunikas dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Melahirkan warga SKSJ2 yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi mengikut lunas-lunas sahsiah yang mulia

SELAMAT DATANG KE MAKMAL SK SEREMBAN JAYA 2

 

SELAMAT DATANG

Makmal Komputer SK Seremban Jaya 2 merupakan satu premis yang memberikan sokongan kepada proses "core" di sekolah iaitu pengajaran dan pembelajaran. 

Proses pembelajaran di Makmal Komputer Sekolah membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat yang tiada bersempadan di alam maya dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat.

Terima Kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. 

- Penyelaras ICT SK Seremban Jaya 2 -