SENARAI KESELAMATAN PENGGUNA
- Meja komputer disusun dengan baik, pastikan unit sistem
diletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi
semua alat peranti
- Duduk dalam keadaan selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang.
- Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dan jauh daripada laluan pengguna.
- Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna.
- Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 50 ke 60 cm jauh dari mata.
- Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.
- Pengguna dinasihatkan berehat sebentar jika mengalami sakit tengkok, sakit tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan.
- Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas.
- Jika
perlu buka “casing” komputer untuk kerja penyelenggaraan, pastikan unit
sistem di “shutdown” dahulu, matikan kuasa elektrik dan tanggalkan
“plug”.
- Semasa membuat kerja penyelenggaraan, elakkan memakai tali leher, barang-barang kemas dan berambut panjang.
- Perhatikan jika terdapat wayar kuasa yang terdedah; tukar mana-mana kabel kuasa yang rosak.
No comments:
Post a Comment